Saturday, 6 August 2016

Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota


PENGENALAN

                  Assalamualaikum dan selamat sejahtera . kemahiran mengambil dan membuat nota adalah satu kepentingan dalam kehidupan khususnnya bagi individu yanng bergelar pelajar. Tidak kira peringkat umur , tua ataupun muda , kemahiran ini akan menjadi asas dalam mencapai cita-cita individu menjadi pelajar cemerlang. Pertama sekali kita hendaklah mengetahui apa itu nota. Nota merupakan satu catatan yang kita ambil atau sediakan daripada pelbagai sumber untuk tujuan mengulang kaji. sumber-sumber yang boleh diperoleh seperti daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru dan ceramah. Nota kebiasaannya disediakan setiap kali sesi pembelajaran sesuatu itu selesai. Hal yang demikian kerana, kita dapat mengingat kembali pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kemahiran membuat nota menjadi satu proriti dalam pembelajaran mereka. Nota tidak semestinya perlu cantik dan berwarna-warni. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai kekreatifan tersendiri dan  yang paling utama adalah individu tersebut memahami nota yang telah dibuat. 
                   Kelebihan yang kita dapat andai kemahiran ini dapat dipraktikkan adalah dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Tambahan pula , kita dapat bersedia dengan lebih awal dalam menempuh alam peperiksaan. Nota ini juga boleh dibawa ke mana-mana kita berada kerana kebiasaanya nota yang dibuat kecil dan mudah dibawa berbanding buku-buku teks dan rujukan yang dibaca. Oleh itu, di laman ini kami akan memperkenalkan beberapa cara membuat nota yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seorang pelajar. Cara membuat nota yang berbeza ini dapat membantu pelajar memahami suatu pelajaran dengan lebih mudah. 


Terdapat banyak cara yang berbeza untuk membuat nota. Antaranya adalah :

i. Annotation
ii. Outline notes
iii. Column notes
iv. Summary notes

I. ANNOTATION
Annotation merupakan catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk yang ringkas.Cara ini sesuai untuk bahan-bahan yang melibatkan buku teks, modul bercetak, artikel atau sumber-sumber lain. Nota boleh dilakukan dengan cara menggaris fakta-fakta, menandakan isi-isi penting dan sebagainya. Kaedah ini akan membantu untuk bukan sahaja mengingat isi-isi penting malah membantu seseorang agar tidak membaca keseluruhan teks semula. penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja. Penjelasan ini mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap.
ruj : http://trullsenglish.weebly.com/annotating-text.html


II. OUTLINE NOTES
Outline notes merupakan cara yang menggunakan frasa dan kata kunci. Outline notes juga boleh dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation.


contoh cara menggunakan outline notes


III. COLUMN NOTES
Cara membuat nota menggunakan format berbentuk lajur. Kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi subjek Sains dan Matematik. Kaedah ini untuk mengklasifikasi sesuatu agar mudah difahami.

ruj : https://sites.google.com/a/cusdschools.org/klowe11/curriculum/two-column-notes-across-the-curriculum

IV. SUMMARY NOTES
Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. ia mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. rumusan ini lebih berfokus kepada isi penting. ia juga boleh dibaca dan diringkaskan dengan ayat sendiri. Terdapat ruangan yang disediakan di antara nota untuk membuat maklumat tambahan atau perubahan. Maklumat juga boleh dikecilkan atau diringkaskan.

ALAT-ALAT MEMBUAT NOTA

PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan grafik adalah melibatkan pola pennyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea. Ia merupakan suatu bentuk ilustrasi untuk melihat sesuatu idea dengan pemikiran yang lebih sistematik, jelas, dan berkesan. Ia membantu menjadikan ingatan pelajar lebih kuat dan mudah memahami sesuatu isu yang diperbincangkan apabila otak menerima suatu rangsangan dalam bentuk pola atau grafik. Penggunaan borang grafik adalah melibatkan pengisian maklumat berkaitan tajuk dan dapat membantu pelajar mengurus dan menyusun pemikiran menjadi lebih sistematik dan berkesan.

Contoh penggunaan borang grafik yang boleh digunakan dan melibatkan kemahiran berfikir adalah seperti berikut:
- Membanding dan membeza 
- Membuat kategori
- Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
- Menerangkan sebab dan akibat 
- Mengusul periksa andaian

 MIND MAPS
Kaedah ini tidak memerlukan susunan yang linear. Tajuk utama pula menjadi nukleus dan idea utama. Manakala, konsep-konsepnya membentuk cabang. Cara ini dapat menarik minat seseorang untuk membaca nota dan memahaminya disebabkan oleh adanya penggunaan warna dan grafik.

Contoh peta minda yang boleh digunakan :
1. Peta minda jenis pokok
2. Peta minda jenis air
3. Peta minda jenis kitaran
4. Peta minda jenis cabang

5. Peta minda jenis tulang ikan

Jenis-jenis peta pemikiran.
1. Peta bulatan
2.Peta buih
3. Peta pokok4. Peta buih berganda5. Peta alir
6. Peta pelbagai alir
7. Peta titi
8. Peta dakap

peta bulatan
(mendefinisikan)


peta buih
(mencirikan)



peta buih berganda
(membanding beza)

peta pokok
(mengklasifikasikan)
peta dakap
peta titi
peta pelbagai alir
peta alir

ruj: http://www.slideshare.net/kamalslaw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota

TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

Kemahiran menyoal adalah alat perkembangan minda yang paling penting bagi manusia. Tujuan menyoal adalah:

- Mengenal pasti pengetahuan pelajar 
- Melibatkan pelajar dalam pelajaran
- Memotivasikan pelajar 
- Menimbulkan minat 
- Memfokus kepada sesuatu
- Mengenal pasti kelemahan
- Menggalakkan pemikiran dan perbincangan
- Menjana pembelajaran kendiri

Soalan aras tinggi hendaklah dikemukakan supaya dapat mencungkil dan mengembangkan pengetahuan pelajar dalam aspek yang dibincangkan. Antara teknik menyoal aras tinggi adalah:

- Kaedah sokratik
Guru perlulah mengemukakan pelbagai soalan kepada murid supaya proses pemikiran, menyusun, dan menyedari pengalaman yang telah ada pada mereka, menjawab soalan dan seterusnya membuat kesimpulan. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek, iaitu aras, skop dan fokus.

- Soalan bertumpu dan bercapah
bagi soalan bertumpu, ia menggunakan aras rendah. Manakala bagi soalan bercapah, menggunakan aras tinggi. Jawapan atau respon untuk soalan bertumpu adalah terhad berlawanan dengan soalan bercapah yang menggunakan jawapan atau respon yang luas. Soalan bertumpu berbentuk tertutup berbanding soalan bercapah yang berbentuk terbuka. Soalan bertupu lebih sesuai menguji daya ingatan, manakala soalan bercapah sesuai menguji penaakulan dan penafsiran. Soalan bertumpu lebih bersifat objektif manakala soalan bercapah bersifat subjektif.

- Lingkaran soalan
ia memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu perkara (P), individu (I) dan luar individu (LI). Kombinasi tiga skop ini akan menjana lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir. Untuk membolehkan penyoalan menjadi berkesan dan memberi impak kepada pembelajaran pelajar, maka haruslah:
- soalan yang dikemukakan mudah difahami, bertumpu dan bercapah serta meliputi pelbagai aras kognitif.
- soalan disusun dari aras mudah kepada sukar 
- guru memberi respon yang sesuai terhadap jawapan pelajar
- mengemukakan soalan yang dapat mengembangkan pemikiran kreatif dan kritis

ALAT-ALAT CoRT 1
CoRT ialah Cognitive Research Trust yang telah diperkenalkan oleh Edward De Bono yang sering digunakan oleh warga pendidik. Program CoRT 1 mengandungi enam bahagian iaitu:
- CoRT 1: keluasan persepsi
- CoRT 2: organisasi proses berfikir
- CoRT 3: interaksi, argumen, pemikiran kritis
- CoRT 4: pemikiran kreatif
- CoRT 5: maklumat dan perasaan
- CoRT 6: tindakan

Namun, yang sering digunakan dalam pembelajaran adalah CoRT 1. Terdapat 7 teknik  asas dalam penggunaan CoRT 1`
a. PMI - plus, minus, interesting (baik, buruk, menarik)
b. CAF - Consider All Factors (ambil kira semua faktor) 
c. C&S - Consequence and Sequel (kesan dan akibat daripada kesan)
d. AGO - Aims, Goals, Objective (tujuan, matlamat, objektif)
e. FIP - First Important Priority (keutamaan)
f. APC - Alternatives, Possibilities, Choices (alternatif, kemungkinan, pilihan)
g. OPV - Other People's Views (pandangan orang lain)

RUMUSAN

Dalam proses pembelajaran, mahupun melaksanakan tugasan yang diberikan kepada seseorang individu, penyusunan strategi untuk membolehkan seseorang menguasai segala isi pengajaran dan pembelajaran serta maklumat yang diperoleh agar dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Oleh yang demikian, penggunaan peta pemikiran dan peta minda adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan, dan penganalisian otak bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna. Maka, kemahiran mengambil dan membuat nota adalah sangat penting agar dapat memberi impak yang baik dan berkesan kepada individu tersebut.